http://www.quranexplorer.com/quran/

25 November 2010

DIODE

Aplikasi diode





Rajah 1: Rajah blok Bekalan Kuasa



Rajah 1 menunjukkan rajah blok bekalan kuasa AT. Bahagian yang terdapat di dalam rajah blok ialah pengubah, penerus, penapis, pengatur dan beban. Pengubah akan menurunkan voltan bekalan 240 AU ke nilai yang dikehendaki. Voltan AU di pengubah sekunder masuk ke penerus untuk ditukarkan kepada voltan AT berdenyut. Apabila voltan AT berdenyut melalui penapis, voltan AT tulen dihasilkan. Walaupun voltan AT tulen telah dihasilkan, nilai voltan AT masih tidak stabil.

Untuk mengatasi masalah ini, pengatur voltan digunakan. Pengatur voltan akan menstabilkan nilai voltan AT tulen pada voltan AT yang tetap seperti yang dikehendaki.


Rajah 2: Bentuk Gelombang pada Litar Bekalan Kuasa

24 November 2010

Penguat Kendalian (Op-amp)

PENGUAT KENDALIAN (Operational amplifier – Op–amp)

1.    Pengenalan

 ·     Litar yang mempunyai amplifier yang bergandaan tinggi.
 ·   Terdiri daripada komponen seperti perintang dan transistor yang     digabungkan di atas satu cip silicon yang sama.
·       Beroperasi pada frekuensi 0 – 1MHz.

2.    Simbol  dan Binaan Op-amp

Rajah 1: Simbol Op-amp
Rajah 2: Konfigurasi pin Op-amp

Pin:

         1-      Off null
         2-      Masukan Alikan
         3-      Masukan bukan Alikan
         4-      Vcc (-ve)
         5-      Offset Null
         6-      Voltan Keluaran
         7-      Vcc (+ve)
         8-      N/C (non-connected)

    3.   Kegunaan Op-amp

                      I.        Sebagai litar senilai analog computer untuk melaksanakan fungsi Pencampur, Pendarab, Pembahagi, Pengkamil dan pembezaan.          
                    II.         Penjana gelombang
                   III.         Penapis aktif RC
                  IV.         Pengganda kepada isyarat audio/video/radio frekuensi.

09 November 2010

hadis hari ini.....

Tajuk :
Menjaga perasaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” 
 
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.
2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.
3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.
4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.